Sunday, May 14, 2017

AGM Biro AKSB 2016/2018

Pada 10hb Mei 2017 yang lalu telah berlansung Mesyuarat Agung Biro Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB). Mesyuarat Agung atau AGM ini adalah untuk kali ke 11.

Mesyuarat telah berlansung di Dewan Makan AKSB dan bermula pada pukul 9:00 pagi. 

Surat Jemputan AGM

Buku Agenda AGM

Skrin Besar
Ucapan Pengetua SMK SBS
Pn Azizah Binti Yahya

Antara Ibu Bapa Yg Hadir

Selfie Admin 

Pembentangan Laporan Aktiviti Biro AKSB
oleh SU, Encik Nurun Amin Bin Mahadi

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang sesi 2016/2017

  1. Mesyuarat Biro AKSB
  2. Penghargaan PT3 dan SPM
  3. Kebajikan dan Pendidikan
  4. Jamuan Asrama
  5. Program Pasca PT3
  6. Gotong Royong AKSB
  7. Kutipan Sumbangan Biro AKSB

Untuk info, sumbangan ibu bapa untuk Biro AKSB telah ditetapkan sebanyak MYR 30.00 per satu keluarga bagi isi pendapatan rumah kurang 5,000 sebulan dan MYR 50.00 per satu keluarga bagi isi pendapatan rumah melebihi 5,000 sebulan. 

Diharapkan semua ibu bapa pelajar AKSB dapat melunaskan sumbangan ini untuk dana dan tabung Biro AKSB. 

Pembentangan Laporan Kewangan Biro AKSB
oleh Bendahari, Ustaz Bustamam Bin Bohari

Sebanyak empat belas (14) usul yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung kali ini.

Untuk makluman semua ibu bapa pelajar2 AKSB, berikut adalah info AJK Biro Asrama Kompleks Seri Bintang atau singkatannya BAKSB yang telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung pada 13hb Ogos 2016.

Senarai AJK BAKSB 2016/2018

AJK Biro AKSB 2016/2018 bersama Pentadbir SMK SBU & SMK SBS 1
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Azmi Bin abd Rahim

AJK Biro AKSB 2016/2018 bersama Pentadbir SMK SBU & SMK SBS 2

SEMOGA AKSB AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG! INSYA ALLAH.

No comments:

Post a Comment